Assalamualaikum,
Sempena post pembukaan berkaitan resepi ni, eDAH sertakan resepi membuat Roti Puri (Poori) yang popular dalam kalangan masyarakat India seluruh dunia.
Sebenarnya, resepi ini disediakan mengikut selera masing-masing. Ada yang suka buat manis, jadi manis la kan, ada juga yang suka masin. Bagi eDAH dan keluarga, dah tentu pilihan masin sebab sesuai dicicah dengan kuah kari dan sambal. Pejam mata makan, sebab sedap sangat (ikut selera sendiri, kan).. Hehehe.
Ok, kat sini eDAH sertakan bahan yang diperlukan dan cara buat. Bukan apa, nanti nak rujuk apa-apa resepi, eDAH buka je blog ni, tak payah cari-cari buku dah (macam masa kita kecil dulu, emak ada buku resepi tebal). Hihihi...
Bagi yang tak pernah tahu rupa Roti Puri (Poori) ni, eDAH letakkan gambar [hakcipta eDAH yer]...kikiki..
Rasanya? Puri ni rasa lebih sedap kot, kalau nak dibandingkan dengan roti canai. Sebab eDAH tengok abam makan Puri lebih berselera daripada roti canai. Tapi, bergantung pada selera masing-masing jugak, kan.
Bahan-bahan (boleh dapat 18 biji):
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung (utk lembutkan doh dan rasa lebih berlemak)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam halus
Air suam secukupnya.
Cara:
- Campurkan tepung gandum, susu tepung & garam ke dalam besen. Gaul rata.
- Masukkan minyak masak, Gaul rata.
- Masukkan air suam sikit demi sikit dan uli sampai semua bahan sebati (tepung tak tertinggal atau melekat pada besen dan jari).
- Tutup besen dengan kain bersih yang lembab (biarkan selama 20 minit).
- Bahagikan doh kepada bulatan kecil (macam gambar), akan dapat 17-18 biji.
- Guna papan rata (pencanai) dan kayu penguli doh, gelek tepung sampai nipis (macam gambar).
- Buat beberapa keping (jangan tindih antara satu sama lain).
*Boleh guna baki tepung (yang lain) untuk ditabur pada papan pencanai agar doh tidak melekat.
- Panaskan kuali, letak minyak banyak (kalau boleh kuali yang dalam supaya poori tenggelam sepenuhnya).
- Pastikan minyak dah betul-betul panas, baru masukkan poori (goreng satu poori sahaja dalam satu masa).
- Selepas masukkan poori, terus balik-balikkan sampai kembong. Lakukan berkali-kali sampai kekuningan dan angkat. Masa diambil amat singkat.
- Sekiranya minyak terlalu panas, boleh perlahankan api dan kuatkan semula jika minyak kembali kurang panas (perlu sentiasa pantau tahap kepanasan minyak. Jika tidak cukup panas, poori takkan kembong).
**Sukatan boleh diganda untuk jumlah yang lebih banyak.
~SEKIAN~
![]() |
~TAK CUBA LAGI VERSI MANIS NI~ |
Ini versi manis, resepi dipinjam daripada akak cikgu Rokinah, kawan sekolah abam eDAH, hehehe....TQVM.
No comments:
Post a Comment