![]() |
Boleh buat kudapan paling sedap sekali |
Assalamualaikum,
OK, kali ini eDAH letakkan resepi Kacang Kuda Goreng Pedas pula. Sebenarnya masa masak tu, main campak-campak je, hihihiihi...
Tapi kalau nak letak resepi kat sini, kena la ada sukatan tepat, kan?
Bahan A:
1/2 Kilogram Kacang Kuda
2 Sudu Besar Garam Kasar
Air Secukupnya
Bahan B:
1/2 Ketul Butter (Buttercup)
10 Tangkai Daun Kari
2 Sudu Besar Serbuk Kari (dibancuh pekat)
2 Sudu Besar Serbuk Cili (dibancuh pekat)
1/2 Sudu Kecil Serbuk Pudina (dijual dalam botol herba)
1/2 Sudu Kecil Serbuk Rosemary (dijual dalam botol herba)
1/2 Sudu Kecil Serbuk Pudina (dijual dalam botol herba)
1/2 Sudu Kecil Serbuk Rosemary (dijual dalam botol herba)
10 Ulas Bawang Merah (Dihiris Halus)
1 Sudu Besar Cuka Kurma
Cara:
1. Rendam kacang kuda semalaman (malam sampai pagi).
2. Guna api paling perlahan, rebus kacang kuda bersama garam kasar dengan jumlah air mencukupi (sehingga kacang hempuk).
3. Biarkan kacang sejuk, kemudian tapis.
4. Panaskan kuali dan cairkan butter.
5. Tumis bawang hiris sehingga kekuningan dan naik bau.
6. Masukkan daun kari, serbuk pudina dan rosemary sehingga naik bau.
7. Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili, kacau sehingga masak (pecah minyak).
8. Masukkan cuka kurma dan gaul rata (perlahankan api).
9. Masukkan kacang kuda rebus yang sudah dituskan airnya, gaul rata.
10. Tutup api, boleh angkat dan hidangkan.
TIPS:-
- Penggunaan butter akan menjadikan masakan ini lebih berlemak, berkilat dan lebih sedap rasanya.
- Sekiranya ingin menjadikan kacang kuda pedas ini sebagai inti karipap, boleh dimasukkan daging lembu atau ayam cincang semasa menumis bahan B tadi.
SELAMAT MENCUBA, PASTI TAK SIA-SIA.